Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gencatan senjata dicabuli

SEKUMPULAN penduduk melihat kilang pakaian yang musnah dalam serangan udara di Sanaa, kelmarin.
SEKUMPULAN penduduk melihat kilang pakaian yang musnah dalam serangan udara di Sanaa, kelmarin.

Sanaa: Serangan udara oleh tentera pakatan Arab dan pertempuran antara kumpulan bertelagah tercetus di beberapa bandar di Yaman semalam.

Pertempuran yang masih tercetus itu, sekali gus melanggar gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkuat kuasa sejurus sebelum tengah malam kelmarin.

PBB mendesak pertempuran dihentikan selama enam hari bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk terjejas akibat perang di negara itu.

Bagaimanapun, penduduk melaporkan, serangan udara yang diketuai Arab Saudi membedil kedudukan pemberontak Houthi di Sanaa, Taiz dan Aden.

Pertempuran sengit antara kumpulan pemberontak dan pejuang prokerajaan dilaporkan tercetus di Aden.

Saksi berkata, pemberontak Houthi melancarkan serangan mortar dan roket Katyusha terhadap kedudukan pejuang prokerajaan di bahagian utara Aden dan sekitar lapangan terbang bandar itu.

Pemimpin pemberontak Houthi tidak menjangkakan gencatan senjata itu bertahan manakala Arab Saudi enggan mematuhinya.

Seorang pegawai Arab Saudi berkata, gencatan senjata itu tiada guna kerana pemberontak Houthi yang berfahaman Syiah tidak mematuhinya.

Pemberontak Houthi dan unit tentera yang setia pada bekas presiden Ali Abdullah Saleh dilaporkan menghantar askar tambahan menjelang gencatan senjata berkenaan.

Sejak 26 Mac lalu, serangan udara oleh tentera pakatan Arab dan pertempuran di Yaman sudah menyebabkan lebih 3,000 terkorban. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan