Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempar… Kemunculan Buaya Ketika Banjir Di Sarawak

buaya
Gambar yang ditangkap penduduk kampung pagi tadi.

 

PENDUDUK di Kampung Lubuk Punggur Simunjan, Sarawak malam tadi gempar dengan kehadiran seekor buaya yang muncul secara tiba-tiba dipercayai keluar ekoran bencana banjir yang sedang berlaku ini.

Lebih memeranjatkan, penduduk setempat mendakwa ada dikalangan mereka hampir dibaham binatang reptilia itu.

Bagaimanapun, buaya tersebut berjaya ditembak hingga mati sebelum ianya mengganas dan memburu lebih banyak mangsa.

Sementara itu, penduduk kampung yang terletak di jajahan Kota Samarahan ini meluahkan perasaan gusar dan bimbang jika kejadian tersebut berulang.

Menurut sumber, ketika musim banjir berlaku sememangnya perkara paling digeruni penduduk kampung ialah kemunculan buaya yang naik ke kawasan kampung.

Tambahan pula, kedudukan kampung yang terletak agak jauh daripada bandar ini juga menyukarkan bantuan untuk tiba.

Mangsa Banjir

Apa yang diharapkan semoga situasi buruk ekoran banjir yang berlaku ini di Sarawak ini kembali pulih seperti sedia kala.

Kita doakan moga mangsa banjir di Sarawak menjaga keselamatan dan tabah menghadapi bencana alam ini.- MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan