Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempar jumpa bom lama 226 kilogram

BOM lama yang ditemui tertanam di Bukit Cheras Awana, semalam.
BOM lama yang ditemui tertanam di Bukit Cheras Awana, semalam.

Kuala Lumpur: Puluhan penggemar aktiviti riadah serta mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, gempar apabila mengetahui terdapat sebutir bom besar seberat 226 kilogram tertanam di lokasi itu.

Semua pengunjung pusat riadah itu kemudian diarahkan beredar meninggalkan lokasi berkenaan sejurus bom lama itu ditemui orang awam sekitar jam 2.30 petang semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan di laman sosial rasmi Facebook (FB) Polis Daerah Kajang, bom lama berkenaan dipercayai peninggalan ketika zaman penjajahan Jepun.

Laporan itu memberitahu bom berkenaan dijangka akan diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor, pagi ini.

Rakan FB Polis Daerah Kajang dan orang ramai yang sering melakukan aktiviti mendaki Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, dinasihatkan menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, salah seorang pengunjung bukit itu, Law Boon Hee, 40, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan bukit itu ‘menyimpan’ bom lama bersaiz besar ketika mahu memulakan aktiviti jam 4 petang semalam.

Dia mendakwa kerap mendaki bukit di kawasan itu sebagai kaedah bersenam selain mendapatkan udara segar di kawasan hutan simpan berhampiran.

“Saya sudah lakukan aktiviti ini sejak 10 tahun lalu. Tidak sangka terdapat bom tertanam di bukit ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan