Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa gegar barat daya Jepun

PENDUDUK di bandar Mashiki berkumpul di depan bangunan pejabat majlis perbandaran selepas gegaran menumbangkan beberapa bangunan di wilayah Kumamoto, semalam.
PENDUDUK di bandar Mashiki berkumpul di depan bangunan pejabat majlis perbandaran selepas gegaran menumbangkan beberapa bangunan di wilayah Kumamoto, semalam.

Tokyo: Satu gempa bumi kuat berukuran 6 magnitud melanda barat daya Jepun semalam menyebabkan beberapa bangunan runtuh dan berpuluh-puluh penduduk cedera, lapor media tempatan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, pusat gempa dikesan kira-kira 11 kilometer dari timur bandar Kumamoto.

Gempa bumi itu tidak mencetuskan amaran tsunami tetapi jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga berkata, beberapa bangunan di bandar itu runtuh.

“Apa yang paling penting yang kami mahu lakukan adalah menilai situasi.

“Saya kini merancang untuk mengetahui maklumat yang dikumpul pada situasi ini,” kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Agensi berita Kyodo melaporkan seramai 40 orang dirawat di hospital di Kumamoto dan sebahagian mereka cedera parah.

Kebakaran juga berlaku di bandar Mashiki yang didiami 34,000 penduduk dan terletak berhampiran pusat gempa.

Imej dari stesen televisyen NHK menunjukkan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bangunan.

Kira-kira 16,000 kediaman di Mashiki terputus bekalan elektrik dan 38,000 lagi terputus bekalan gas di Kumamoto.

USGS melaporkan satu lagi gempa bumi melanda rantau yang beberapa jam selepas kejadian pertama.

Gempa itu pada mulanya dilaporkan berkekuatan 6.4 magnitud sebelum diturunkan kepada 5.9 magnitud.

Selepas gempa pertama, pihak berkuasa nuklear berkata, tiga loji jana kuasa nuklear di pulau Kyushu dan Shikoku tidak berdepan sebarang masalah.

Perkhidmatan beberapa kereta api laju juga dihentikan sementara sebagai langkah berjaga-jaga. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan