Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gempa bumi sederhana di 1,825km timur laut Kudat

10:21am 07/10/2016 Pak Roshan 725 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

kudat

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku di rantau Taiwan, 113 kilometer (km) timur laut Kaohsiung, Taiwan dan 1,825km timur laut Kudat, Sabah, pada jam 11.52 malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail, berkata gempa bumi yang berlaku pada koordinat 22.7 utara dan 121.4 timur itu bagaimanapun tidak membawa kepada ancaman tsunami.

“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi ini melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan,” katanya menerusi laman web jabatan itu yang dikemas kini jam 12.07 tengah malam tadi.

Sementara itu, mengikut laman web jabatan itu yang dikemas kini jam 4.48 pagi ini, Ribut Tropika (Aere) dikesan pada Latitud 20.4 utara dan Longitud 117.4 timur, pada jam 2 pagi ini, 1,503km ke timur laut Kudat, Sabah, pergerakan ke arah barat dengan kelajuan 25km sejam (km/j).

Sehubungan itu, ia dijangka menyebabkan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50km/j dan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter di perairan Perlis, Kedah serta Pulau Pinang hingga Selasa ini.

Jabatan itu memberi amaran keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam pada itu, laman web jabatan itu yang dikemas kini jam 6.42 pagi ini melaporkan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Selangor (Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), Putrajaya, Negeri Sembilan (Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka, Johor (Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kulai dan Pontian), Sabah: Bahagian Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) dan Labuan; dan Sarawak: Bahagian Miri, Kapit dan Bintulu dijangka berterusan hingga pagi ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan