KUALA LUMPUR, 15 Mac : Gempa bumi lemah bermagnitud 2.5 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 4.46 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di kawasan berkenaan.
“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.
— BERNAMA