Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gempa Bumi Lemah Di Lahad Datu, Gegaran Dirasai – Jabatan Meteorologi

1:23pm 16/02/2016 Pak Roshan 4295 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

ld

KUALA LUMPUR : Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter di luar pantai Lahad Datu pagi tadi telah menyebabkan gegaran dirasai di kawasan terlibat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, walau bagaimanapun tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 10.36 pagi tadi.

Pusat gempa itu terletak di 4.9 darjah Utara dan 118.5 darjah Timur iaitu 25 kilometer Tenggara Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan