Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa Bumi Lemah 2.6 Richter Landa Ranau Pagi tadi

ranau1

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 9.26 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak di enam darjah utara dan 116.6 darjah timur, 12km barat laut dari Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau,” kata kenyataan itu di sini Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia kini memantau perkembangan dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dengan meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.- BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan