Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa bumi lagi

Ketika digunung pada 5 Jun lalu
Ketika digunung pada 5 Jun lalu

GEMPA bumi dengan skala ritcher  4.7 melanda Ranau, Sabah pada jam 12.10 malam tadi dengan pusat gempa 16 kilometer barat bandar Ranau.

Bagi penduduk di kawasan itu, gempa ini ibarat mimpi ngeri berulang sebab mengingatkan mereka kembali kepada peristiwa 5 Jun, dimana gempa bumi 5.9 skala ritcher telah berlaku di kawasan mereka.

Pada masa itu tanah runtuh  dengan batu-batu besar telah berlaku di Gunung Kinabalu yang mengakibatkan 18 nyawa terkorban terdiri dari Malim-malim gunung dan pendaki gunung, termasuk lah kanak-kanak.

Pada Malim Gunung  Dolius Tinggi, yang tinggal di Kampung Kiau Toburi, gegaran semalam terasa sekuat gegaran yang dulu.  Walaupun banyak gegaran-gegaran lemah telah terjadi selepas 5 Jun, yang seharusnya sudah membuat mereka biasa dengan keadaan, Dolius masih merasa tidak tenteram dengan keadaan demikian.

Dolius yang telah berkerja sebagai Malim Gunung selama  13 tahun berkata,  dia mendengar bunyi kuat dari gunung tengah malam semalam.

“Selepas bunyi kuat itu,  gempa bumi berlaku. Kami sekeluarga bergegas keluar dari rumah dan kami berdiri di halaman rumah sambil  menunggu gegaran berhenti, “katanya sambil menambah bahawa ia berlangsung kira-kira 15 saat.

Beliau percaya bahawa terdapat satu lagi kejadian tanah runtuh atau batu jatuh di Gunung sebab bunyi sangat kuat.

Dolius adalah salah satu dari pada lebih 30 Malim Gunung yang berada di Gunung pada 5 Jun.

Dia di bahagian atas apabila gempa bumi itu berlaku pada pukul 7.15 pagi. Itu lah masanya bila kebanyakan pendaki akan mengorak langkah untuk turun dari gunung.  Tetapi bila gempa bumi berlaku  laluan  biasa telah hilang akibat timbunan batu yang bergolek dari atas.

Apa yang mereka boleh harapkan pada masa itu adalah penyelamat dari udara, dengan helikopter. Malangnya pengangkutan ini tidak mudah dan tidak dapat mengakses kawasan di mana pendaki terkandas disebabkan oleh keadaan pada masa itu.

Dolius berkata pada masa itu beliau bukan sahaja takut untuk dirinya sendiri  tetapi dia juga prihatin tentang pelancong yang mereka iringi ke puncak gunung. Beliau juga bimbang kerana apa makanan sedikit mereka ada tidak mencukupi,  begitu juga air.

Jadi, selepas menunggu dari pagi hingga 4 petang, beliau dan rakan-rakan Malim Gunung yang lain mengadakan perbincangan dan mereka secara kolektif memutuskan untuk berjalan bersama-sama untuk turun dari puncak yang makin lama semakin turun suhunya itu.  Mereka  yang ada dipuncak sana semua tidak mempunyai pakaian yang cukup untuk menahan kesejukan yang bakal melanda.

Lalu mereka  mengumpul pelancong mereka bersama-sama, dan malim gunung menampatkan diri mereka dibelakang, di depan dan di tengah-tengah pendaki-pendaki mereka.

Dolius (second right) with his fellow guides
Dolius (dua kanan) dengan rakan-rakan

Malim Gunung seterus nya turun berjalan atas laluan alternatif dan mencari tali yang boleh digunakan. Apabila pendaki  kehabisan air mereka berusaha mencari  mata air  yang masih murni pada ketika itu.

Masa itu Dolius memberitahu tetamu untuk tidak memberi reaksi apa-apa kalau mereka melihat atau menjumpai sesuatu yang aneh ditepi jalan.

Tetapi bila mereka melihat mayat-mayat yang terkorban tentunya mereka terkejut,  dan pada masa itu Malim Gunung cuba menenangkan mereka dan terus mengiringi mereka keluar dari tempat itu.

Mereka berjaya sampai ke Laban Rata pada pukul 3 pagi pada hari berikutnya.

Kini, semua tinggal kenangan dan apa yang terjadi telah menjadi sejarah tetapi Dolius tidak akan dapat melupakan pengalaman pahit itu sebab bagi beliau hakikatnya dia berlumba dengan maut pada  ketika itu.  Pada ketika itu,batu-batu boleh bergolek dari atas dan merempuh mereka pada bila bila masa.

Gegaran malam tadi mengusik kenangan pahit  Dolius dan mungkin juga  rakan-rakannya yang melalui sejarah Jun 5 lalu.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan