Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GEMPA BUMI KUAT GEGAR INDONESIA

siberut
KUALA LUMPUR, 3 Mac : Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 6.37 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 71km barat laut dari Siberut, Indonesia dan 511 km barat daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Gegaran dirasai di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan