Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa Bumi Kuat Gegar Colombia

ORANG ramai berkumpul di luar bangunan selepas gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegar timur laut Colombia hari ini. - Foto Reuters
ORANG ramai berkumpul di luar bangunan selepas gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegar timur laut Colombia hari ini. – Foto Reuters

BOGOTA – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegar timur laut Colombia hari ini dan dirasai sehingga di sini dan menyebabkan beberapa bangunan terpaksa dikosongkan.

Tiada laporan mengenai mangsa atau kerosakan besar. Bagaimanapun, nahas kenderaan dilaporkan di Bogota dan media tempatan di Bucaramanga berkata, bandar raya wilayah itu mengalami “kerosakan struktur” selepas gempa berkenaan.

“Lampu isyarat mula beralun seperti bendera,” kata pemandu teksi Bogota, Luis Aponte.

Gempa bumi pada kira-kira jam 3.55 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Santander, wilayah yang kerap berlaku aktiviti gelombang seismos.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu mencatat kedalaman 147 kilometer dengan berpusat dekat bandar Arotoca, kira-kira 270 kilometer dari Bogota.

Sehubungan itu, Pusat Geologi Colombia mencatat bacaan 6.6 magnitud dan kedalaman 161 kilometer.

“Buat masa ini tiada sebarang kecederaan akibat daripada gempa bumi ini di mana-mana tempat di negara ini. Kami tetap berjaga-jaga,” kata Presiden, Juan Manuel Santos menerusi Twitter.

Selain itu, pegawai penerbangan berkata, pergerakan kapal terbang terganggu di lapangan terbang di tengah bandar Manizales kerana debu gunung berapi yang dilepaskan oleh aktiviti seismos.

Bagaimanapun, lapangan terbang lain di negara itu beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Datuk Bandar Bogota, Gustavo Petro berkata, beberapa bangunan di ibu negara itu mengalami sedikit kerosakan tetapi “tiada yang cedera.”

Gegaran turut dirasai sehingga di negara jiran, Venezuela. – AFP

Komen


Berita Berkaitan