Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa Bumi Kuat Di Utara Laut Maluku

maluku

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berlaku di utara Laut Maluku awal pagi tadi, kira-kira 123 km di tenggara Bitung, Indonesia dan 926 km tenggara Semporna, Sabah.

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku pada pukul 6.12 pagi berpusat pada latitud 1.48 darjah utara dan longitud 126.3 darjah timur, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.

Jabatan itu akan terus memantau rapi keadaan itu, kata kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan