Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa bumi di Laut Sulu dirasai di Sandakan

sandakanss

SANDAKAN – Gegaran gempa bumi di Laut Sulu hari ini turut dirasai di sini.

Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter itu turut terletak 194 kilometer dari timur laut Kinabatangan.

Kesan gegaran menyebabkan kira-kira 200 orang yang sedang berada di dalam bangunan Wisma Majlis Perbandaran Sandakan terpaksa bergegas keluar.

Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hamsan Awang Supain yang turut berada dalam bangunan berkata, gegaran dirasai kira-kira pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, 50 orang pegawai MPS yang sedang bermesyuarat yang beliau pengerusikan turut dihentikan setelah diarah untuk mengosongkan bangunan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya turut dipanggil bagi membuat pemeriksaan struktur bangunan.

Selain Sandakan, gegaran dilapor turut dirasai di Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan