Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa bumi 7.0 gegar kepulauan Solomon

Gempa-Sederhana-Landa-Sempadan-Myanmar-India

Sydney: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 magnitud menggegarkan kepulauan Solomon semalam tetapi tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, pusat gempa bumi itu dikesan kira-kira 78 kilometer dari barat laut dari pulau Lata dan kira-kira 583 kilometer dari bandar Honiara.

Pusat itu pada mulanya menganggarkan gempa bumi berkenaan berkekuatan 7.5 magnitud sebelum diturunkan kepada 7.0 magnitud.

Jabatan Geosains Australia memberitahu, tsunami mungkin tercetus dalam lingkungan beratus-ratus kilometer dari pusat gempa.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii berkata, daripada semua data menunjukkan ancaman tsunami daripada gempa bumi itu sudah berlalu.

“Peningkatan paras laut sehingga 0.3 meter mungkin berlaku dalam tempoh beberapa jam,” katanya.

Pada 2013, kepulauan Solomon dilanda tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi berkekuatan 8.0 magnitud dan menyebabkan 10 orang terbunuh. – AFP

Komen


Berita Berkaitan