Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gempa bumi 4.2 magnitud di Kunak

10:22am 27/03/2017 Pak Roshan 2351 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

SATU gempa bumi lemah magnitud 4.2 melanda daerah Kunak di pantai timur Sabah, jam 5.30 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorlogi Malaysia, gempa berpusat 35 kilometer (km) di timur laut Kunak dan pada kedalaman 8 km. – Foto Ihsan Jabatan Meteorologi Malaysia

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah 4.2 magnitud melanda daerah Kunak di pantai timur Sabah, jam 5.30 petang kelmarin.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa bumi itu berpusat 35 kilometer (km) di timur laut Kunak dan pada kedalaman lapan kilometer.

“Gegaran turut dirasai di sebahagian tempat di Tawau dan Sandakan.

“Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini,” kata kenyataan itu. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan