Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa bumi 4.0, 3 saat kejutkan penduduk Kunak

gempa kunak

KOTA KINABALU- Penduduk di daerah Kunak dikejutkan dengan satu gempa bumi dengan kekuatan 4.0 pada skala richter pagi ini.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tusin berkata, gegaran itu berlaku pada pukul 9.15 pagi dan ia turut dirasai oleh penduduk daerah Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
Menurutnya, Jabatan Meteorologi sesang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini.
“Saya ada menerima panggilan daripada orang awam yang bertanyakan mengenai gempa bumi ini. Walau bagaimanapun, saya nasihat orang ramai agar tidak panik.
“Gempa bumi ini memang berlaku setiap hari, cuma gempa kali ini dirasai penduduk,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Jabatab0n Meteorologi dalam kenyataannya memberitahu bahawa pusat gempa bumi terletak di 4.6 Utara dan 118.3, 11 kilometer Selatan dari Kunak, Sabah.
Sementara itu, jurucakap balai polis daerah Kunak mengesahka belum menerima aduan atau laporan daripada orang ramai berkaitan gempa bumk yang berlaku di Kunak.
Jurucakap itu berkata, keadaan di daerah itu juga tenang dan gempa bumi itu dilaporkan berlaki selama tiga saat.

Komen


Berita Berkaitan