Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gempa: Bomba terima 97 panggilan kecemasan

Kota Kinabalu: Bomba Sabah menerima 97 panggilan kecemasan selepas gempa bumi 7.3 pada skala Richter yang berlaku di Sulawesi Tengah, Indonesia, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata sejurus menerima panggilan pertama pada 2.27 petang, pihaknya menggerakkan anggota untuk melakukan pemantauan di beberapa kawasan.

“Antara kawasan yang dipantau ialah Wisma Wanita, Jalan Tuaran- Kota Kinabalu, Kompleks membeli belah Wawasan Plaza, Bangunan Innoprise, Kota Kinabalu, bangunan Telekom Malaysia Bhd, dan Jalan Tunku Abd Rahman.

“Kawasan lain yang dipantau ialah Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, Bangunan Bank Negara, Kota Kinabalu, bangunan Yayasan Sabah dan bangunan Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pemantauan mendapati tingkat tujuh bangunan Pejabat Pos Besar, Kota Kinabalu, mengalami sedikit keretakan dan pemeriksaan lanjut dilakukan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan bangunan itu selamat diduduki.

Gegaran yang dilapor berlaku kira-kira 2.13 petang itu turut dirasai penduduk di sini, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Beluran. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan