Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gemilang Di Piala Eropah, Seluar ‘Tidur’ Penjaga Gol Hungary Jadi Trend

10:18am 24/06/2016 Pak Roshan 1069 views Sukan,Sukan Luar Negara

092300600_1465982122-KIR

PARIS – Penjaga gol, Gabor Kiraly menjadi ikon bagi pasukan Hungary di Piala Eropah 2016. Bukan kerana prestasi sebagai penjaga gol, tetapi disebabkan seluar unik yang dipakainya ketika perlawanan.

Penjaga gol 40 tahun itu selalu mengenakan seluar berwarna kelabu dan longgar. Banyak yang bercakap tentang seluar Kiraly itu sama seperti seluar tidur.

Namun, berkat tuah seluar unik itu, Hungary berjaya memastikan layak ke 16 pasukan terbaik. Mereka menjadi juara Kumpulan F dan akan bertemu Belgium pada pusingan kedua.

Lapor Dream Team FC, apabila Meraih kejayaan besar sehingga ke peringkat kalah mati, Kiraly mengaku sudah 20 tahun menggunakan seluar uniknya itu. Dia percaya seluar tersebut selalu membawakan kemenangan setiap kali turun ke padang.

Pada masa ini Kiraly tersenarai sebagai pemain tertua yang pernah membuat persembahan di pusingan final Piala Eropah. Dia melepasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh legenda Jerman, Lothar Matthaus.

-MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan