Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gelanggang futsal dibina di Kompleks Sukan Keningau

6:58pm 20/12/2015 Ann Vivien 253 views Sukan,Tempatan
Khairy (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama juara kesluruhan Mr Borneo Riano Engah selepas menyampaikan hadiah. Turut kelihatan Ketua Penerangan Exco Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar (dua dari kanan) dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Nik Nazdri Nik Zawawi (tiga dari kanan)

Khairy (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama juara kesluruhan Mr Borneo Riano Engah selepas menyampaikan hadiah. Turut kelihatan Ketua Penerangan Exco Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar (dua dari kanan) dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Nik Nazdri Nik Zawawi (tiga dari kanan)

KENINGAU: Sebuah gelanggang futsal berbumbung akan dibina di Kompleks Sukan Keningau, sebagai menambah kemudahan sedia ada untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat melalui bersukan.

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia  Khairy Jamaluddin berkata kelulusan itu adalah susulan permintaan pemuda yang mahukan kemudahan itu dibina di daerah ini.

Katanya ini selaras dengan usaha Kementerian Belia Dan Sukan dalam mempromosikan program gaya hidup sihat dikalangan rakyat disemua peringjkat di negara bagi menggalakkan rakyat bersukan sebagai langkah penjagaan  kesihatan.

Katanya program  Pendekatan untuk meraikan Fit Malaysia tersebut bukan sekadar untuk melahirkan jaguh-jaguh sukan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan namun ada kesan kepada seluruh rakyat di mana rakyat akan menjadi lebih sihat dengan bersukan.

Khairy berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Mr..Borneo yang berlangsung di Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu.

Terdahulu semasa merasmikan kejohanan Sepak takraw 2015, Piala Presiden (ASTAKA) Peringkat Negeri Sabah di Tenom Khairy turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk ASTAKA.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan