Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,428

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gegaran susulan mungkin akan berlaku

4:52pm 10/01/2017 Leolerry Lajius 4077 views Tempatan

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud

KOTA KINABALU  :  Suasana panik tercetus apabila satu gegaran dirasai di sekitar ibu negeri kira-kira jam 2.13 petang tadi.

Tinjauan yang sempat dibuat mendapati kebanyakan golongan pekerja terutama mereka yang berada di bangunan tinggi mengambil langkah berjaga-jaga dengan turun ke kawasan lapang.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud yang ditemui di pejabatnya mengesahkan kejadian berkenaan dan meminta orang ramai agar bertenang.

Menurutnya, gegaran tersebut ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter yang berlaku di koordinat 4.4 Utara dan 122.7 Timur di kawasan Celebes Sea, 466 kilometer di Timur Laut Semporna, Sabah.

“Satu gempa bumi kuat telah beraku pada jam 2.15 petang ini bermagnitud 7.3 skala Ritcher dan kedalaman 622 kilometer di Celebes Sea.

“Jarak dari Semporna 466km Timur Laut, Semporna dan gegaran dirasa di seluruh Sabah. Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini,” katanya kepada Media Jabatan Penerangan Sabah.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya gegaran susulan, Azemi menjelaskan gempa-gempa kecil itu dijangka akan wujud berikutan skalanya yang agak besar sehingga stabil.

“Gegaran susulan mungkin ada sebab gempa itu agak besar, dia nak stabilized dan akan ada gempa-gempa kecil yang berterusan mungkin ada satu atau dua sehingga stabil.

“Untuk sementara, orang ramai yang berada di bangunan tinggi saya pasti mereka sudah turun ke bawah sebagai langkah keselamatan. Bagaimanapun, pada pandangan saya, oleh kerana lokasi gempa itu jauh dari kita jadi orang ramai tidak perlu risau sangat.

“Jika dilihat kedalaman gempa kali ini melebihi 100 kilometer. Ia terlalu dalam dan tak mungkin tsunami akan berlaku. Seandainya ia cetek, kurang 100 km daripada permukaan di laut, maknanya ada potensi untuk tsunami berlaku.

“Kedalaman 622 km ini tidak memungkinkan tsunami kerana energy tidak sempat keluar. Namun, gegaran yang kuat ini akan dirasai di seluruh Sabah dan mungkin sampai juga ke Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.-PENERANGAN

Orang ramai berkumpul di luar pejabat SESB Kota Kinabalu.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda