Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GEGARAN GEMPA BUMI DI SULU ARCHIPELAGO, FILIPINA TURUT DIRASAI PENDUDUK TAWAU

gempa

TAWAU, 20 Jan : Banyak penduduk di kawasan Tawau turut merasai gegaran gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter yang berlaku di Sulu Archipelago, Filipina, pada awal hari ini.

Penghuni di perumahan Sri Titingan, Badriansyah Hamdi, 52, berkata beliau turut merasai gegaran itu sekitar 1.20 pagi.

“Gegaran itu membuatkan saya panik seketika. Namun saya tidak meninggalkan rumah kerana gegaran itu hanya berlaku dalam beberapa saat dan ini merupakan kali kedua saya merasakan gegaran seperti itu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Howard Martin, 43, dari Taman Perwira Batu 8 berkata beliau tidak menyedari kejadian gempa berkenaan dan hanya mengetahuinya apabila jiran memaklumkan kepada beliau sejurus selepas gegaran itu.

“Ketika dihubungi jiran mengenai kejadian itu, saya baru hendak tidur namun saya tidak merasai sebarang gegaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak panggilan sejurus selepas kejadian gempa bumi itu.

“Tiga jentera telah membuat rondaan pada 1.40 pagi namun tiada sebarang laporan kerosakan diterima,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter di garisan 4.7 utara dan 119.8 timur pada 1.19 pagi dan gegaran itu dapat dirasai di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Pusat gempa terletak 148 kilometer timur laut Semporna, Sabah.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan