Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GBBM Luyang anjur Kempen Derma Darah

Daryl (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa penganjur program Kempen Derma Darah di One Place Mall, sini, hari ini
Daryl (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa penganjur program Kempen Derma Darah di One Place Mall, sini, hari ini

PUTATAN- Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Cawangan Luyang julung kalinya mengadakan kempen derma darah di daerah ini.

Menurut Pengerusi Penganjur, Daryl Wong Ming Fui, kempen yang diadakan selama sehari itu merupakan salah satu usaha bagi GBBM membantu hospital di negeri ini yang mengalami masalah kekurangan bekalan darah.

Selain itu, katanya, program itu turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya belia mengenai kepentingan menderma darah.

” Kami (GBBM) berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan di masa hadapan agar dapat meningkatkan bilangan bekalan darah bagi membantu golongan yang memerlukan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Kempen Derma Darah 2016 , di Pusat Beli Belah One Place, sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya menyasarkan lebih kurang 100 pain darah menerusi kempen berkenaan.

Selain itu, GBBM turut menyediakan beberapa aktiviti bersempena kempen tersebut seperti pertandingan ‘Selfie’ dengan maskot harimau dan terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan