Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gayut kejar mayat

1:05pm 15/05/2016 Pak Roshan 3110 views Global
HELIKOPTER terbang tinggi sebelum juruterbang melepaskannya di landasan pesawat berhampiran.

HELIKOPTER terbang tinggi sebelum juruterbang melepaskannya di landasan pesawat berhampiran.

Nairobi: Seorang lelaki cedera teruk selepas bergayut pada helikopter membawa mayat ahli perniagaan yang mati dibunuh, semata-mata kerana mahu melihat mangsa untuk kali terakhir.

Lelaki dikenali sebagai Saleh Wanjala alias Sambaka, 28, bergayut pada kaki helikopter ketika majlis pengebumian umum diadakan untuk Jacob Juma, malah perbuatannya langsung tidak disedari juruterbang.

Standard Digital News melaporkan, juruterbang – yang turut membawa keluarga mangsa – cuma menyedari kehadiran Saleh selepas terdengar orang ramai menjerit di darat.

Juma, 43, ahli perniagaan terkemuka dan sering mengundang kontroversi kerana lantang mengkritik kerajaan, malah pernah membayangkan di Twitter ada perancangan untuk membunuhnya sebelum mati ditembak, minggu lalu.

Juruterbang itu terpaksa membawa helikopternya mengelak talian elektrik untuk memastikan Saleh selamat sebelum akhirnya dilepaskan di landasan pesawat Bungoma, dua kilometer dari situ. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan