Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gaya lelaki Vietnam bawa permaidani jadi viral

10:35am 03/06/2016 Pak Roshan 190 views Global
LELAKI berkenaan menunggang skuter sambil membawa permaidani.

LELAKI berkenaan menunggang skuter sambil membawa permaidani.

Hanoi: Rakaman menarik menunjukkan seorang lelaki membuat penghantaran beberapa permaidani dengan menggunakan skuter menjadi viral di Internet.

Video yang dirakam di jalan raya di Vietnam yang sibuk menunjukkan lelaki terbabit menaiki skuter sambil mengimbangkan barangan dibawanya yang jauh lebih besar daripada kenderaan itu.

Tanpa menghiraukan bahaya terhadap diri sendiri atau orang lain, lelaki itu berjaya memandu skuternya dengan menggunakan hujung jari dan melunjurkan badannya untuk ‘memeluk’ permaidani.

Walaupun memakai topi keledar, lelaki itu dilihat hanya menyeret selipar yang dipakainya, meningkatkan bahaya yang dihadapinya.

Namun, nasibnya baik apabila tidak mengalami kemalangan sepanjang video pendek itu dirakam oleh orang yang menaiki kenderaan bersebelahannya. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan