Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gaya hidup sederhana Jokowi

1:05pm 20/10/2016 Pak Roshan 36 views Global
JOKOWI mencuba kasut yang hendak di belinya di sebuah pasar raya di Manado, Sulawesi Utara. - Agensi

JOKOWI mencuba kasut yang hendak di belinya di sebuah pasar raya di Manado, Sulawesi Utara. – Agensi

Jakarta: Gaya hidup pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memang menarik.

Bukan sahaja cara dia memerintah negaranya, tetapi juga cara dia memilih untuk menjalani kehidupan seharian, tidak ubah seperti rakyat biasa.

Yang terbaru dapat dilihat ialah kehadirannya di sebuah pusat beli-belah di Manado malam Selasa lalu.

Kemunculannya dengan kemeja lengan panjang putih dan seluar hitam di pusat beli-belah itu memeranjatkan orang ramai.

Dia memasuki pusat itu dan seperti orang kebanyakan. Tetapi kerana dia presiden, sudah pasti kehadirannya menjadikan suasana di situ heboh.

Ramai yang cuba bersalaman, menyebabkan Jokowi terpaksa berjalan perlahan, menyapa dan memenuhi permintaan untuk bergambar.

Kehadirannya bukan sekadar untuk bersiar-siar, tetapi Jokowi memang mencari sesuatu di pusat beli-belah itu.

Dia masuk ke sebuah kedai kasut yang di luarnya terlekat tawaran diskaun 20 peratus.

Di dalam, dia memilih sepatu yang dijual dengan harga antara Rp150,000 (RM50) dan Rp250,000 (RM65).

Selepas mencuba sepasang dan didapati sesuai, Jokowi membayar harga itu dan membawanya pulang.

“Beli sepatu ini kerana ada diskaun,” kata pemimpin Indonesia itu bersahaja.

Dia meninggalkan pusat beli-belah itu kira-kira sejam kemudian dengan membawa sendiri bungkusan kasutnya.

Menerusi akaun Twitternya, @Jokowi, Presiden Indonesia itu berkata, dia gembira kerana dapat membeli kasut buatan tempatan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan