Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GAUM Minta SPRM Perjelas Status Micheal Persius Ubu

KOTA KINABALU – Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan tentang status Micheal Persius Ubu yang sedang dicari agensi itu bagi membantu siasatan pembelian tanah ladang sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod.

Pengerusi GAUM Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pihaknya mahu tahu sama ada Micheal Persius,61, yang merupakan seorang peguam, sudah dapat dikesan atau tidak oleh SPRM untuk membantu siasatan kes itu.

“Sehingga ke hari ini, kita masih tidak mengetahui apa status Micheal Persius Ubu ini sama ada SPRM telah menahannya (atau tidak untuk membantu siasatan). Ini adalah kes berprofil tinggi dan tanah ini pula adalah hak milik rakyat dan rakyat erlu tahu apa sebenarnya status perkembangan jual beli tanah di Tongod, Sabah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat yang bertanyakan status Micheal Persius Ubu di pejabat SPRM Kota Kinabalu di sini hari ini. Dalam surat berkenaan, Gaum antara lain menyarankan SPRM mendapatkan kerjasama daripada sebuah parti politik pembangkang setempat untuk mengesan Micheal Persius.

Pada 3 Jan lalu, SPRM Putrajaya mengeluarkan kenyataan yang memberi tempoh 48 jam kepada Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony dan Michael Persius untuk hadir di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan berhubung pembelian tanah itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan