Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

GAUM Lapor Polis Kumpulan Cybertrooper Terancang Fitnah Pemimpin BN

5:43pm 10/08/2016 Pak Roshan 1181 views Mutakhir,Politik

gaum

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis telah dibuat oleh Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) terhadap sekumpulan pengamal media sosial yang didakwa mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Sabah melalui fitnah terancang.

Pengerusinya, Zulkarnain Mahdar di dalam satu kenyataan memberitahu kumpulan tersebut menyasarkan untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tambah beliau, setiap anggota kumpulan tersebut menerima bayaran sehingga mencecah RM20 ribu sebulan untuk melaksanakan misi mereka iaitu untuk menjatuhkan BN di Sabah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

“GAUM dan Pakatan NGO Pro BN telah membuat satu laporan Polis dibawah Akta Hasutan dan Akta SKMM, meminta pihak Polis dan pegawai operasi SKMM menyiasat dan seterusnya membuat pendakwaan terhadap sekumpulan cyber tropper berbayar yang mensasarkan untuk  melumpuhkan kekuatan BN di Sabah melalui fitnah yang terancang.

“Selain fitnah terhadap Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO, kumpulan ini turut mensasarkan Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah.

“Setiap seorang ahi kumpulan ini telah dibayar oleh pemimpin politik tertentu sehingga mencecah 20 ribu ringgit sebulan. Puluhan juta ringgit telah disediakan sebagai dana kepada kumpulan ini sehingga pru ke 14 dan mensasarkan Sabah sebagai negeri yang mesti ditumbangkan pada PRU-14 kelak,” jelas Zulkarnain.

Menurutnya lagi, tumpuan kini terarah kepada ‘Negeri Di Bawah Bayu’ itu memandangkan reputasinya yang masih kekal sebagai kubu kuat BN di Malaysia selepas Sarawak.

Kumpulan tersebut tambah beliau sebenarnya sedang berada di dalam keadaan yang terdesak untuk memancing sokongan sehinggakan mereka sanggup untuk menyebarkan pembohongan tanpa ada sebarang bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka.

“Tumpuan mereka kini terarah kepada Sabah memandangkan selepas Sarawak, Sabah jelas kelihatan masih kubu kuat kepada BN di Malaysia.

“Kumpulan ini jelas kelihatan begitu terdesak sehingga sanggup menyebarkan pembohongan tanpa ada sebarang bukti dan dokumentasi bagi menyokong dakwaan mereka. Pergerakan kumpulan ini dilihat cuba mematikan fakta kecemerlangan BN di Sabah,” ujar beliau.

Namun begitu katanya, rakyat Sabah tidak akan sesekali tertipu dengan pembohongan yang cuba direka oleh kumpulan tersebut dengan tujuan untuk membina persepsi negatif terhadap para pemimpin BN.

“Kesemua rekod cemerlang inilah yang cuba dirobekkan oleh kumpulan cyber trooper berbayar ini dengan membina presepsi negatif di kalangan seluruh rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN.

“Namun rakyat di Sabah bukanlah sebodoh yang disangka oleh cyber trooper ini. Rakyat khususnya di Sabah jelas terlalu bijak dan boleh menilai fakta dan pembohongan yang cuba ditaburkan oleh kumpulan cyber tropper berbayar ini terhadap BN dan Ketua Menteri Sabah,” tegas beliau.  – klxpress.com.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan