Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GAUM Dibubarkan Berkuat Kuasa Hari Ini

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar

 

KOTA KINABALU – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan pada 2015, secara rasminya dibubarkan hari ini.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata dengan pengumuman itu, semua cawangan GAUM di seluruh negara turut dibubarkan hari ini.

“Saya juga ingin menegaskan dan memberikan amaran, (saya) telah mengumpulkan panel peguam bagi tindakan menyaman individu yang cuba menyerang, memfitnah dan menakut-nakutkan saya, keluarga dan ahli-ahli saya selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.

“Saya juga akan membuat laporan secara rasmi kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melihat masa depan aktivis masyarakat seperti kami, yang berlawanan arus dengan Pakatan Harapan agar keselamatan kami dapat terus terjamin dan kebebasan bersuara dapat dipelihara sepenuhnya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya beliau percaya sistem keadilan di negara ini masih dalam keadaan normal serta bebas daripada campur tangan pihak ketiga dan menggesa pimpinan PH termasuk sekutunya iaitu Parti Warisan di Sabah agar menghormati pihak lawan mereka secara berhemah.

Zulkarnain juga meminta kepimpinan PH dan Warisan agar dapat menasihati anggota mereka untuk tidak membuat provokasi yang melampau terhadap pihak lawan.

“Saya bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang negara sekiranya saya didapati bersalah,” katanya.

Katanya lagi, beliau tidak pernah gentar berhadapan dengan tindakan undang-undang sedia ada di Malaysia dan akan sentiasa bersedia dengan kumpulan panel peguamnya, namun berharap agar undang-undang di Malaysia perlu telus dan adil. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan