Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

GAUM dan Pakatan NGO Pro BN buat laporan polis terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon

9:51pm 23/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 67 views Tempatan
Zulkarnain (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Lim Guan Eng berhubung isu pembelian banglo pada harga rendah daripada harga pasaran di dalam satu sidang media, hari ini.

Zulkarnain (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Lim Guan Eng berhubung isu pembelian banglo pada harga rendah daripada harga pasaran di dalam satu sidang media, hari ini.

KOTA KINABALU- Satu laporan polis dibuat oleh Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia bersama- sama Pakatan Badan bukan Kerajaaan (NGO) Pro BN terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana disyaki berbohong bahawa beliau tidak tahu akan nilai harga semasa rumah yang dibeli pada 28 Julai, tahun lalu.

Presiden Gabungan NGO Pro BN, Zulkarnain Baharuddin Mahdar berkata penilaian perlu dilakukan terhadap sesuatu harta itu sebelum membuat pinjaman perumahan dengan pihak agensi kewangan bank.

“Bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai harga semasa rumah banglo tersebut sedangkan pada kebiasaannya jika sesiapa yang ingin membeli sesebuah rumah, pihak bank akan meminta taksiran daripada juru nilai swasta,”katanya.

Disamping itu, beliau turut berkata Lim Guan Eng tidak mempunyai intergriti sebagai seorang Ketua Menteri di Malaysia ini kerana beliau telah berbohong dalam jual beli rumah banglo tersebut.

“Sekiranya Lim membeli banglo tersebut atas sebab Puan Phang Li Koon merupakan sahabat baik kepada isterinya, sebenarnya, perbuatan tersebut telag melanggar intergriti sebagai seorang Ketua Menteri,” tegasnya.

Beliau berkata demikian setelah membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Poo, hari ini.

Disamping itu, beliau juga turut menyeru kepada pihak polis dan SPRM agar membuat siasatan ke atas Phang Li Kion.

Selain itu, beliau berkata bahawa pihak mereka tidak gentar dengan tindakan saman daripada pihak Lim Guan Eng dan Phang.

“Kami sedia menghadapi saman daripada mereka sekiranya mereka ingin mengambil tindakan atas dakwaan yang menyatakan mereka berbohong dalam pembelian rumah banglo dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

“Kami mempunyai bukti daripada Ketua Pemuda Penang yang menyatakan nilai sebenar rumah banglo tersebut ialah RM 4.27 juta,” tegasnya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan