Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gaum Buat Laporan Polis Terhadap Dakwaan Tun M

KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) hari ini membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi telah disabotaj pihak tertentu.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata dakwaannya itu, secara jelas menimbulkan kegusaran awam bagi seluruh rakyat Malaysia mengenai tahap keselamatan awam. 

Beliau berkata fakta sebenar kerosakan pesawat yang disewa Dr Mahathir berpunca daripada masalah teknikal dan bukan unsur sabotaj seperti yang disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Sabtu lepas.

“Oleh yang demikian, saya menggesa polis dan pihak Jabatan Peguam Negara menyiasat serta membuat pendakwaan kepada Dr Mahathir mengikut undang-undang yang bersesuaian kerana ia jelas menimbulkan kebimbangan kepada awam,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini.

Zulkarnain berkata kesan kepada kenyataan Dr Mahathir itu, membawa ketidaktenteraman awam serta menimbulkan persepsi salah dalam kalangan rakyat negara ini terhadap Barisan Nasional.

Pada Jumaat lepas, Dr Mahathir mendakwa pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi telah disabotaj pihak tertentu.

Menurut laporan sebuah portal berita, Pengerusi PPBM itu telah menaiki pesawat tersebut untuk ke Langkawi dari Subang sebelum dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat bocor. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan