Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gas toksik digugurkan di tempat helikopter Russia terhempas

9:20am 03/08/2016 Pak Roshan 15 views Global
GAMBAR yang dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki di Saraqeb dibantu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. - Reuters

GAMBAR yang dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki di Saraqeb dibantu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. – Reuters

Beirut: Sebuah helikopter semalam menggugurkan tong berisi gas beracun di bandar berhampiran tempat sebuah helikopter tentera Russia ditembak jatuh kelmarin.

Jurucakap Pertahanan Awam Syria yang melakukan usaha menyelamat di wilayah yang dikuasai penentang berkata, 33 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita mengalami kesukaran untuk bernafas selepas tong gas beracun itu digugurkan di Sawaqeb di wilayah Idlib.

Kumpulan itu yang menggelar diri mereka sukarelawan mencari dan menyelamat berkecuali, memuat naik rakaman video di YouTube, menunjukkan beberapa penduduk bergelut untuk bernafas.

“Tong bersaiz sederhana berisi gas toksik digugurkan di kawasan itu. Kami belum dapat memastikan jenis gas berkenaan,” kata jurucakapnya.

Menurutnya, ini kali kedua gas toksik digugurkan di Saraqeb.

 Sementara itu, kumpulan pemantau hak asasi manusia Syria berkata, bom tong digugurkan di kawasan berkenaan, menyebabkan sejumlah penduduk cedera, beberapa jam selepas sebuah helikopter tentera Russia ditembak jatuh berhampiran Saraqeb, meragut nyawa lima orang di dalamnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan