Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gas masak dalam plastik

WANITA berkenaan membawa gas asli di dalam beg plastik sepanjang enam meter. Gambar kecil, beg plastik itu disambung pada dapur dan digunakan untuk memasak.
WANITA berkenaan membawa gas asli di dalam beg plastik sepanjang enam meter. Gambar kecil, beg plastik itu disambung pada dapur dan digunakan untuk memasak.

Beijing: Pihak berkuasa wilayah Shandong semalam mengeluarkan amaran mengenai kegiatan sebahagian penduduk kampung yang mengumpulkan gas asli di dalam beg plastik untuk tujuan memasak.

Amaran itu dikeluarkan selepas gambar seorang wanita menunggang motosikal dengan membawa beg plastik sepanjang enam meter berisi gas itu menjadi viral di Internet.

Pihak berkuasa berkata, walaupun kegiatan seumpama itu menjadi cara penduduk kampung untuk berjimat, ia amat berbahaya.

Wanita dalam gambar berkenaan antara penduduk di luar bandar Dongying yang menggunakan beg plastik untuk mengisi gas secara haram dari tangki gas dan membawanya pulang untuk memasak. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan