Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Garis panduan hotel, spa

hotelspa

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan standard dan kriteria patuh syariah bagi industri dan perkhidmatan pelancongan, perhotelan dan kecantikan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sudah tiba masanya standard patuh syariah diperluaskan kepada industri lain selain makanan dan kewangan berikutan permintaan tinggi daripada pemain industri untuk menyediakan perkhidmatan seumpama itu.
“Tanda aras, kriteria, peraturan dan standard patuh syariah bagi industri berkenaan perlu kami tetapkan dari awal supaya memudahkan rujukan yang dimaksudkan sebagai hotel patuh syariah, pelancongan patuh syariah atau spa patuh syariah.

“Kami tidak mahu penggunaan istilah patuh syariah bagi produk selain makanan dan kewangan sewenang-wenangnya disalahgunakan menjadi lambakan di negara ini dan pada masa itu baru kita nak kawal, mungkin menjadi lebih sukar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia di Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Jamil Khir berkata, JAKIM dilantik menjadi peneraju untuk menentukan tanda aras patuh syariah atau permohonan sijil bagi produk bukan konvensional itu menerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), baru-baru ini.
Beliau berkata, JAKIM melalui pasukan ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan kriteria patuh syariah itu akan memperincikan pelbagai aspek termasuk dari sudut undang-undang bagi mewujudkan garis panduan dan standard yang kemas tanpa sebarang kelompangan.

“Kita boleh lihat kini banyak pihak menggemari apa saja perkara berkaitan Islam termasuk dalam penyediaan perkhidmatan seperti ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan