Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gara-gara terlupa masakan di dapur

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Sebuah restoran nyaris terbakar gara-gara kelalaian pemiliknya yang meninggalkan masakan di dapur sehingga hangus seterusnya mengeluarkan asap yang banyak dalam kejadian pada malam Khamis.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai pegawai bomba Jainal Ismail dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 malam Khamis.

“Kejadian yang berlaku di Segama itu turut mencetuskan suasana panik di kalangan orang awam,” kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba Sabah, Mohd Affendy K.Ramin di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebuah rumah jenis dua tingkat, hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Kampung Laut Papar, pada Khamis.

“Sepasukan anggota BBP Papar yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.37 petang kemudian bergegas ke lokasi untuk mengawal dan memadam api kebakaran,” katanya lagi sambil menambah tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kedua-dua kejadian berasingan tersebut.
Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan