Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gara-gara tak boleh bawa masuk anjing ke restoran

langgar

SHANGHAI: Seorang lelaki merempuh sebuah restoran dengan keretanya selepas isteri dan anjingnya dihalang masuk.

Kejadian berlaku semalam selepas seorang wanita bergaduh dengan beberapa pelayan restoran di Wuhan yang melarangnya membawa masuk anjingnya.

Ia menyebabkan suami wanita itu berang lalu merempuh restoran berkenaan dengan keretanya.

Seorang saksi memberitahu wartawan, wanita itu membawa anjingnya masuk sebelum terdengar bunyi pergaduhan di dalam restoran.

Sejurus selepas itu, wanita itu dilihat meluru keluar bersama-sama anjingnya sambil dikejar lima pelayan sambil mereka memukulnya

Tidak lama selepas itu, si suami merempuh pintu kaca restoran berkenaan.

Pekerja restoran berkata, wanita itu berkeras untuk makan bersama-sama anjingnya di dalam restoran itu. Atas sebab kebersihan, mereka melarang dia berbuat demikian.

Saksi berkata, wanita itu yang memulakan pergaduhan dengan pelayan terbabit.

Isu itu mendapat perhatian di Internet dan mendapat pelbagai reaksi.

Seorang pengguna menulis: “Tidak kira buruk mana kelakuan wanita itu, dia masih seorang pelanggan dan lima pelayan menyerangnya memang boleh dianggap melampau.” – Agensi

Komen


Berita Berkaitan