Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gara-gara mengelak lubang, seorang wanita maut

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU: Gara-gara ingin mengelak sebuah lubang, seorang wanita maut manakala empat orang lagi cedera, selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas di Batu 30 Jalan Kalabakan – Keningau, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Nurbaya Tanggung, 36, duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, muka dan badan selepas tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu ialah pemandu kenderaan Tan Siam Boon (64), Ida Araba (42), Noratikah Amir (12), dan Mohd Norazizan Hasbullah (8).

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah berkata siasatan awal polis mendapati kenderaan Toyota Hilux itu dalam perjalanan dari Keningau menuju ke bandar Tawau, cuba mengelak sebuah lubang sebelum terbabas.

“Akibat cuba mengelak lubang, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Toyota Hilux itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan