Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gara-gara kerusi, penumpang bergaduh dalam pesawat

flight fight

NEW YORK – Pesawat milik syarikat United Airlines terpaksa membuat pendaratan luar biasa selepas dua penumpang penerbangan berkenaan bergaduh kerana berebut ruangan tempat duduk.

Kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu selepas seorang penumpang lelaki menghalang seorang wanita di hadapannya daripada menurun penyandar tempat duduk kerana dia sedang menggunakan komputer riba.

Ketika kejadian pesawat itu dalam penerbangan domestik dari Newark, New Jersey ke Denver, Amerika Syarikat.

Seorang pramugari kemudiannya meminta lelaki itu membenarkan wanita tersebut menurunkan penyandar tempat duduknya tetapi lelaki berkenaan tetap enggan.

Wanita tersebut yang tidak berpuas hati terus bangun dan membaling lelaki itu dengan cawan berisi air.

Pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua penumpang yang berusia 40-an itu menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa mendarat di Chicago.

Kedua-dua penumpang itu tidak ditahan pihak berkuasa tetapi mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan semula. – AP

Komen


Berita Berkaitan