Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gara-Gara Guna ‘Bah’, Awal Ashaari Disalah Erti Orang Sabah

10:21am 01/07/2016 Pak Roshan 12988 views Hiburan,Mutakhir

Screen-Shot-2016-07-01-at-5.41.58-AM-768x492

HANYA kerana mahu bermesra dengan peminatnya, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah disalah erti oleh orang Sabah.

Ini gara-gara Awal telah menggunakan perkataan ‘bah’ yang menjadi dialek orang Sabah untuk mempromosikan pakaian raya di Sabah dalam satu status yang dimuat naik di Instagram.

Namun, tanpa diduga status tersebut mengundang kemarahan dan kritikan orang Sabah yang beranggapan bintang itu seperti memerli dialek mereka.

Ini kerana orang Sabah mendakwa mereka tidak menggunakan ‘bah’ di semua ayat seperti yang dilakukan oleh Awal.

Tampil menjelaskan isu itu, Awal memberitahu dia tiada niat untuk mempersendakan orang Sabah sebaliknya hanya mahu bermesra dan bergurau semata-mata.

“Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ.

“Peminat saya tahu bagaimana personaliti saya yang suka bercanda. Namun, dalam hal ini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan.

“Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Pun begitu, ada juga yang memuji usaha Awal kerana bercakap dialek Sabah bagi menarik perhatian peminat di sana. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan