Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gara-gara bau sup, lelaki terperangkap

ANGGOTA bomba memecahkan tembok pengudaraan untuk mengeluarkan lelaki itu.
ANGGOTA bomba memecahkan tembok pengudaraan untuk mengeluarkan lelaki itu.

Barnaul (Russia): Seorang lelaki mabuk dijumpai terperangkap di dalam satu lubang pengudaraan dalam keadaan bogel di sebuah bangunan di bandar ini.

Lelaki berkenaan, Ivan Ozerov, 31, mendakwa dia masuk ke dalam lubang
pengudaraan yang sempit itu kerana mahu mencari punca bau sup yang dihidunya.

Ozerov berkata, dia menanggalkan semua pakaiannya dan masuk ke dalam lubang pengudaraan itu, tetapi terperangkap selepas merangkak sejauh beberapa meter.

Beberapa penduduk menghubungi bomba selepas mendengar lelaki itu menjerit meminta pertolongan.

Pasukan bomba yang tiba berjaya mengesan kedudukan lelaki berkenaan selepas memecahkan satu dinding dan menemui mangsa dalam keadaan bogel.

Anggota penyelamat kemudiannya terus memecahkan dinding sebelum berjaya menarik Ozerov keluar dari lubang berkenaan.

Seorang pegawai bomba, Vladimir Prisyazhnykh berkata, lubang pengudaraan berkenaan mempunyai luas 40 sentimeter.

“Saiz lubang yang sempit ini boleh memuatkan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun bukannya seorang lelaki dewasa,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan