Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gantung diri lepas bergaduh

Gambar Hiasan

 

Jakarta: Seorang lelaki bertindak menggantung diri selepas bergaduh dengan isterinya.

Peniaga, Arfandu dilapor mengakhiri hidupnya demikian di tingkat dua rumahnya di Kampung Ciputrat, Kota Tangerang Selatan di wilayah Banten, Jakarta kerana tidak tahan sering dimarahi isterinya.

Media tempatan memetik jiran pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu sebagai berkata, si isteri setiap hari mengamuk kerana wang yang diberi suaminya didakwa tidak cukup untuk belanja seharian.

Mayat Arfandu ditemui keluarganya yang pulang dari masjid semalam.

Menurut polis di Jakarta, Arfandu menggunakan kabel elektrik untuk menggantung diri. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan