Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat: JHLS

gajah
JHLS menawarkan ganjaran RM10,000 kepada orang ramai yang mempunyai maklumat sahih berkaitan pemburuan haram gajah untuk gading berhampiran Sungai Segama, Lahad Datu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada orang ramai yang mempunyai maklumat sahih berkaitan pemburuan haram gajah untuk gading berhampiran Sungai Segama, Lahad Datu, baru-baru ini.

Pemberian ganjaran itu adalah inisiatif Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri bersama JHLS bagi mengesan pemburu haram terbabit.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan, berkata individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi jabatan itu di talian 013-5441980.

“Penemuan dua bangkai gajah di Hutan Simpan Kawag baru-baru ini adalah satu kejadian yang amat menyedihkan. Disebabkan itu, kami menawarkan ganjaran ini kepada mereka yang mempunyai maklumat sahih mengenai pemburuan haram gajah untuk gading di negeri ini.

“Bagaimanapun, ganjaran RM10,000 itu hanya akan diberikan kepada pemberi maklumat yang sahih selepas suspek tertangkap dan dikenakan hukuman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah (WRU) dan sukarelawan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) yang membuat kajian berkaitan hidupan liar di Sabah, menemui dua bangkai gajah di Hutan Simpan Kawag, baru-baru ini.

Satu daripada bangkai yang ditemui Sabtu lalu itu dikenal pasti sebagai gajah dengan gading membengkok ke bawah menyerupai haiwan prasejarah dinamakan Sabre yang dipindahkan dari Felda Umas, Tawau ke Hutan Simpan Kawag pada September lalu.

Bangkai seekor lagi gajah ditemui dengan kepalanya dipotong dan gadingnya hilang dalam ladang sawit berhampiran Hutan Simpan Kawag pada 27 Disember lalu. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan