Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gangguan Sementara Beberapa Perkhidmatan BSN 1-6 Mac

Bank-Simpanan-Nasional

KUALA LUMPUR – Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengalami gangguan sementara perkhidmatan di kaunter dan perkhidmatan dalam talian bagi pembiayaan atau pembayaran pinjaman mulai 1 hingga 6 Mac disebabkan proses menaik taraf perkhidmatan.

Oleh itu, pelanggan dinasihatkan membuat pembayaran menerusi mesin ATM, mesin deposit tunai dan mesin juurwang automatik, Giro Antara Bank atau menerusi arahan tetap, kata BSN dalam satu kenyataan.

Mereka juga boleh membuat pembayaran di kaunter atau secara dalam talian sebelum 29 Feb.

Transaksi yang dilaksanakan semasa tempoh gangguan, akan dikemas kini dalam sistem selepas 6 Mac, katanya.

Semua perkhidmatan lain tidak terjejas, katanya.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, pelangga boleh melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan di 1-300-881-900. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan