Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gangguan khidmat ATM Maybank Sabtu & Ahad ini

5:42pm 13/05/2016 Pak Roshan 578 views Mutakhir,Nasional

maybank

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Maybank KawanKu ATMs, MEPS, Terminal Layan Diri dan Perbankan Telefon KawanKu mengalami gangguan bermula jam 12 pagi hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad ini.

Ia berikutan kerja penyelenggaraan tahunan sistem Maybank di seluruh rangkaiannya dalam tempoh berkenaan, bagi memastikan kecekapan perkhidmatan bank itu.

Turut terjejas, Maybank2u.com, Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih Serantau, ATM Maybank KawanKu 24 jam dan Perkhidmatan Kad Debit bermula 3 pagi hingga 7 pagi.

Maybank2E, TradeConnex dan Pengurusan Tunai Serantau bermula jam 12 pagi hingga 12 tengahari. Stok Dalam Talian M2U (Dagangan Tempatan) bermula jam 3 pagi hingga 9.30 pagi pada Sabtu dan 2 pagi hingga 7 pagi pada Ahad.

Manakala perkhidmatan Stok Dalam Talian M2U (Dagangan Global) bermula jam 4.30 pagi pada Sabtu hingga 7 pagi Ahad.

Maybank mengumumkan notis berkenaan menerusi laman webnya hari ini.

Bank itu berkata, bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam tempoh berkenaan, bank itu menasihatkan pelanggan melakukan transaksi perbankan lebih awal dari tempoh berkenaan.

“Kami berusaha untuk mengurangkan tempoh ketiadaan dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan