Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ganding Bahu Banteras Jenayah

jenayah

KOTA KINABALU : Semua pihak diseru berganding bahu dalam u­saha membantu polis membanteras aktiviti jenayah bagi memastikan bandar raya ini kekal aman dan selamat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, tanggungjawab itu tidak boleh di­sandarkan di bahu pihak polis semata-mata sebaliknya perlu dita­ngani bersama semua pihak.

Beliau berkata, sepanjang lima bulan pertama tahun ini, indeks jenayah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, kita telah mencatatkan 631 kes berbanding 618 kes tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 13 kes atau 2.1 peratus.

“Oleh itu, kita menyeru semua pihak termasuk masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain memainkan peranan ma­sing-masing untuk terus bekerjasama dengan polis bagi memben­dung peningkatan kadar jenayah,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Supritendan M. Chandra dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Nor Azizulkifli Mansor.

Sementara itu, Jauteh turut mendedahkan, IPD Kota Kinabalu menerusi Jabatan Narkotik berjaya melakukan sebanyak 1,477 tangkapan daripada 1,435 kes yang dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu.

Komen


Berita Berkaitan