Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

(Gambar & Video) Serpihan Yang Terdampar di Thailand Timbulkan Spekulasi Ianya Milik MH370

11:06am 24/01/2016 Pak Roshan 3982 views Isu Semasa,Mutakhir

BANGKOK, 24 Jan – Satu serpihan yang dipercayai serpihan pesawat yang ditemui di selatan Thailand telah menimbulkan spekulasi ianya dari pesawat MAS MH370 yang hilang hampir dua tahun lepas.

Penemuan serpihan besi besar yang dijumpai terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, telah dilaporkan oleh penduduk kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, lapor Reuters.

Penduduk kampung telah menemui serpihan itu, yang berukuran 2 meter lebar dan 3 meter panjang“, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan.

Penemuan terbabit telah menimbulkan spekulasi di Thailand bahawa serpihan itu berkemungkinan kepunyaan MH370.

Namun setakat ini tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan itu milik sebuah pesawat. -Siakapkeli.my

1

2 3

4

5

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan