Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GAMBAR: Syaiful Zero Sah Bergelar Suami Kepada Ashura

Sekali-Lafaz-Syaiful-Zero-Pasangan-Kini-Selamat-Bergelar-Suami-Isteri-ROTIKAYA20150725_5957-700x424

DENGAN sekali lafaz, pelawak terkenal Syaiful Zero sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Ashura Rudy petang semalam.

Pasangan bak merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh juru nikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah.

Syaiful atau mesra dengan nama Melati menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000 kepada isterinya.

imageResizeAndCropsyaiful 2syaiful 4

Difahamkan, pasangan ini masih belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding.

Mengikut perancangan sebelum ini, Syaiful terpaksa menangguh perkahwinan dari bulan Februari kepada Julai kerana ingin fokus kerjaya dan ingin menghantar ibunya menunaikan haji.

Bagaimanapun, rumah milik keluarga kumpulan Zero dilaporkan musnah dijilat api dalam kebakaran pada 17 Jun lalu.

Semoga segala perancangan perkahwinan Syaiful Zero berjalan lancar dan dipermudahkan.

Tahniah dan semoga bahagia! – mynewshub.cc

Oleh: CARRIE

Sumber: Astro Gempak

Komen


Berita Berkaitan