Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

GAMBAR: Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan, Shaiful Yang Indah

6:39pm 09/01/2016 Pak Roshan 517 views Hiburan,Mutakhir

marsha

SETELAH selamat diijab kabulkan pada 31 Disember lalu, pasangan romantis Marsha Milan Londoh dan suaminya Mohamed Shaiful Nizam telah diraikan dalam majlis menyambut menantu dan resepsi yang cukup meriah.

Majlis yang berlangsung malam Jumaat di Hotel Majestic Kuala Lumpur ini dihadiri oleh keluarga, rakan-taulan dan beberapa VVIP terkenal.

Antara yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Vida, Datuk Siti Nurhaliza, M.Nasir dan ramai lagi.

Marsha yang mengayakan gaun pengantin warna putih hasil rekaan pereka fesyen Rizalman Ibrahim ternyata memukau hadirin yang hadir.

Sementara itu, Marsha yang ditemui media meluahkan rasa syukur dan bertuahnya bersuamikan Shaiful.

Menurut bintang kelahiran Akademi Fantasia ini, suaminya merupakan individu yang banyak menyokong dan cuba memahami dirinya.

Jom kita saksikan beberapa gambar di sekitar majlis pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC

123457download28Untitled1

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan