Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gambar Perkahwinan ‘Berhantu’!

1:14pm 17/12/2015 Pak Roshan 1097 views Global

GAMBAR perkahwinan merupakan satu memori abadi yang diimpikan oleh setiap pasangan. Lebih-lebih dalam zaman arus teknologi ini, sesiapa sahaja pasti berkeinginan untuk menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan mampu mencipta kenangan yang abadi buat selamanya.

Namun bagaimana pula jika gambar yang telah dihasilkan mempunyai imejan yang tidak dijangkakan? Bagaimana pula jika gambar yang terhasil menampakkan imej makhluk halus ataupun ‘hantu’ di dalamnya? pastinya sangat menyeramkan.

Namun inilah terjadi kepada pengantin baharu, Amanda Crowe dari Lake Charles, Louisiana, Amerika Syarikat. Salah satu dari gambar perkahwinannya yang diabadikan oleh jurugambar, Ashley Frantz, 31, telah menampakkan imej ‘roh’ anak perempuannya berada di sisinya tatkala Amanda sedang asyik bergambar.

Gambar indah ini dihasilkan dengan menggunakan teknik Adobe Photoshop.

Walaubagaimanapun, gambar yang dihasilkan merupakan permintaan Amanda sendiri. Beliau berniat ingin mengabadikan kenangan indah tersebut bersama mendiang anaknya, Azalee yang telah meninggal dunia pada usia 6 tahun akibat penyakit kanser pada tahun 2013.

Antara momen-momen indah Amanda Crowe bersama 'Azalee' dan ahli keluarganya yang lain. -Sumber: Facebook Amanda Crowe Freebird.

Ashley telah bertindak melakukan teknik photoshop untuk menjayakan permintaan Amanda itu. Dalam laman facebooknya, Ashley menulis “Saya memenuhi permintaan Amanda bukan kerana duit, namun ianya kerana Amanda inginkan kenangan indah itu diabadikan bersama Azalee, walaupun anaknya itu sudah tidak ada lagi di dunia.”

Pasti ramai tersentuh melihat gambar yang dihasilkan ini. Sememangnya kenangan yang indah tidak boleh dibeli dan ianya hanya mampu tercipta melalui momen-momen indah bersama orang yang kita sayangi dan hargai. – Sumber: news.com.au/MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan