Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GAMBAR : Najib Tiba Di Kota Bharu Tinjau Keadaan Banjir

najib

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan udara dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meninjau  keadaan banjir di sekitar Kelantan di sini hari ini. Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.

Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Najib mendengar penerangan MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai keadaan di pusat penempatan banjir di SK Kubang Batang, Tumpat.

Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.

Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.

Meluangkan masa mendengar keluhan penduduk tempatan di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat berkaitan bencana banjir yang dialami.

Najib juga dijadual melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa dan PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Chempaka di sini.

Terdahulu, perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 1.40 tengah hari.

Dato' Sri Najib di taklimat tertutup mengenai banjir ydi Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau kemudian terus mendengar taklimat khas yang disampaikan pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pihak Majlis Keselamatan Negara di lapangan terbang itu.

Perdana Menteri diberi taklimat berhubung operasi membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bekalan makanan, keadaan cuaca bagi waktu yang terdekat, serta trend aliran air sungai-sungai utama di negeri ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan