Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GAMBAR: Nahas Helikopter.. Jamaluddin Jarjis Antara Terkorban

jamaludi

NAHAS helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mangsa lain adalah  juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.

Dua lagi mangsa hanya dikenalpasti sebagai Dato’ Tan dan seorang anggota polis.

Helikopter korporat AS365N2 Dauphin tersebut terhempas berdekatan Jalan Sg Lallang – Kg Pasir Baru, Semenyih kira-kira jam 4.45 petang.

Serpihan helikopter yang ditemui di tapa nahas.

Setakat ini Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, lima daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.

Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.

 Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan